Alhamdulillah,syukur kerana masih berkesempatan untuk bernafas dan menggerakkan anggota-anggota badan yang dipinjamkan oleh Nya untuk memulakan bicara ini sebelum masa kakunya tiba nanti.
Ok,terus kepada topik utama, WANITA..siapakah insan yang bergelar wanita itu???
Wanita merupakan insan ciptaan Allah s.w.t seperti dalam Al-Quran bahawa penciptaan Nabi Adam a.s yang kemudian diciptakan Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup baginda.
Wanita dijadikan sempurna penciptaanNya, namun wanita cantik bukan untuk dipandang oleh kaum lelaki kalau hanya pandangannya dilemparkan untuk luaran sahaja. Selamilah hati kaum ini kerana penciptaannya bukan sia-sia, nama yang dibawa sama besarnya dengan peranan dan tanggungjawabnya.
PERANAN WANITA PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W
Harus diketahui pula, bahawa suara pertama daripada kaum wanita dalam menperkukuhkan dakwah dan risalah Nabi Muhammad s.a.w ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a kepada Rasulullah s.a.w: “Demi Allah s.w.t, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak mempunyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita.”
Wanita pertama yang diangkat sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar, dia bersama suaminya diseksa, agar mereka keluar daripada agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.
Sewaktu Rasulullah s.a.w melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan diseksa, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka, ´Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di syurga.”
Wanita pertama yang diangkat sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar, dia bersama suaminya diseksa, agar mereka keluar daripada agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.
Sewaktu Rasulullah s.a.w melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan diseksa, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka, ´Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di syurga.”
WANITA KINI
Pada pandangan kerdilku ini, wanita sekarang sudah semakin jauh bezanya. Perbezaan dapat dilihat dari segi pemakaian,pemikiran dan tanggungjawab. Hiba bercampur sedih pabila kaumku sendiri sanggup mencerca dan memijak-mijak namanya sendiri sebagai seorang WANITA yang sangat dipandang mulia di sisi Allah s.w.t.
Sayu untuk di panjangkan penceritaannya, namun aku berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang insan yang mendapat gelaran WANITA. InsyaAllah sekiranya aku berkesempatan untuk bernafas lagi, akan aku realisasikan peranan yang ditanggung dan mengubah untuk menjadi seorang ANAK yang solehah buat kedua ibu-bapa ku dan seorang ISTERI yang akan menuju dan beriringan bersama-sama suami di syurga kelak dan menjadi IBU yang sempurna yang akan mendidik dan menjaga anak-anak ku kelak.
Mungkin setakat ini dulu perbicaraanku, ingat sebaik-baik wanita adalah apabila diberi dia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa dia bersabar.
Jadilah WANITA yang mengerti walaupun "DI DUNIA BUKAN SIULAN NAMUN DI LANGIT MENJADI BUALAN"
Syukran ^^,


No comments:
Post a Comment