Topik Utama

Sunday, October 30, 2011

JODoH

Bercakap mengenai Jodoh tak akan habis, ada sahaja kemusykilan,keinginan dan pertanyaan yang bersarang di dalam buah pikiran. Namun melihat keadaan kawan-kawan sekeliling yang sudah pun mendirikan rumah tangga serta yang sedang dilamun cinta menimbulkan rasa cemburu dihati. ''Aku bila pulak, xkan nak tunggu sampai 30 kot". Kadang-kadang tersenyum sendiri memikirkan pertanyaan yang kurasakan tidak perlu untuk dipikirkan.


Aku percaya di luar sana yang keadaan nya sama dengan diriku ini, pasti sudah naik bosan dengan pertanyaan "Bila lagi mahu kahwin?", "Takkan takde calon lagi", "Ke awak yang memilih sangat?" dan sebagainya. Jawapan selamat  ''xde jodoh lagi'', ''InsyaAllah,belum sampai masa lagi''..^^,






Terkenang kata-kata Ayah,nak cari pasangan hidup carilah yang beragama dan beriman dan sebelum kahwin kenal dulu dalam 2-3 tahun,wahhhh lamanya ayah. Ayah cakap ''before you get married make sure that you have your own car,house and saving, anything happens to you then Ayah n Mak dah tak perlu nak risau''..hehehe.. Ayah cakap harta banyak dia xpandang yang penting orang nya baik budi pekerti, boleh menjaga dan menyayangi  kamu dan yang paling penting boleh membimbing kamu untuk masuk Syurga.







Pernah terbaca dalam buku dan bertanyakan juga pada para ustaz di tempat kerjaku. ''Jodoh nie camne ye ustaz''. Ustaz cakap jodoh ada 3 jenis:
1) JODOH DARI SYAITAN 
iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
Doaku semoga impian untuk berjumpa dengan jodohku dan mendirikan rumah tangga dengan orang yang ku cintai kerana Allah akan tercapai..Amin..Apalagi jadilah wanita yang baik dulu agar jodoh ku juga di kalangan orang yang baik2..

Itu sahaja buah pikiranku buat masa nie..jejari dah xlarat nak press keyboard.So semoga berjumpa lagi, mendoakan kehidupan sehari-harian dibawah lindungan Allah Taala. Assalamualaikum semua ^^,

Wednesday, October 12, 2011

Insan Bergelar Wanita

Sebelum jari jemariku memulakan bicara, elok kiranya mulakan  dengan Bismillah.
Alhamdulillah,syukur kerana masih berkesempatan untuk bernafas dan menggerakkan anggota-anggota badan yang dipinjamkan oleh  Nya untuk memulakan bicara ini sebelum masa kakunya tiba nanti.


Ok,terus kepada topik utama, WANITA..siapakah insan yang bergelar wanita itu??? 



Wanita merupakan insan  ciptaan Allah s.w.t seperti dalam Al-Quran bahawa penciptaan Nabi Adam a.s yang kemudian diciptakan Hawa, yang berfungsi sebagai isteri dan kawan hidup baginda.

Wanita dijadikan sempurna penciptaanNya, namun wanita cantik bukan untuk dipandang oleh kaum lelaki kalau hanya pandangannya dilemparkan untuk luaran sahaja. Selamilah hati kaum ini kerana penciptaannya bukan sia-sia, nama yang dibawa sama besarnya dengan peranan dan tanggungjawabnya.

PERANAN WANITA PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W

Harus diketahui pula, bahawa suara pertama daripada kaum wanita dalam menperkukuhkan dakwah dan risalah Nabi Muhammad s.a.w ialah suara Khadijah binti Khuwailid r.a kepada Rasulullah s.a.w: “Demi Allah s.w.t, Tuhan tidak akan mengecewakan engkau sama sekali. Sesungguhnya engkau bersilaturrahim, menghubungi keluarga dan mengangkat beban berat, memberi kepada orang yang tidak mempunyai, menerima dan memberi (menghormati) kepada tamu, serta menolong orang-orang yang menderita.”

Wanita pertama yang diangkat sebagai syuhada ialah Ummu Amr binti Yasir Ibnu Amar, dia bersama suaminya diseksa, agar mereka keluar daripada agama Islam. Tetapi mereka tetap bertahan dan sabar, sehingga dia mati syahid bersama suaminya.

Sewaktu Rasulullah s.a.w melintasi mereka, dan melihat mereka dalam keadaan diseksa, lalu Rasulullah s.a.w berkata kepada mereka, ´Sabarlah wahai Al-Yasir, sesungguhnya kita nanti akan bertemu di syurga.”

WANITA KINI

Pada pandangan kerdilku ini, wanita sekarang sudah semakin jauh bezanya. Perbezaan dapat dilihat dari segi pemakaian,pemikiran dan tanggungjawab. Hiba bercampur sedih pabila kaumku sendiri sanggup mencerca dan memijak-mijak namanya sendiri sebagai seorang WANITA yang sangat dipandang mulia di sisi Allah s.w.t.

Sayu untuk di panjangkan penceritaannya, namun aku berbangga kerana dilahirkan sebagai seorang insan yang mendapat gelaran WANITA. InsyaAllah sekiranya aku berkesempatan untuk bernafas lagi, akan aku realisasikan peranan yang ditanggung dan mengubah untuk menjadi seorang ANAK yang solehah buat kedua ibu-bapa ku dan seorang ISTERI yang akan menuju dan beriringan bersama-sama suami di syurga kelak dan menjadi IBU yang sempurna yang akan mendidik dan menjaga  anak-anak ku kelak.



Mungkin setakat ini dulu perbicaraanku, ingat sebaik-baik wanita adalah apabila diberi dia bersyukur dan apabila tidak diberi apa-apa dia bersabar.

Jadilah WANITA yang mengerti walaupun "DI DUNIA BUKAN SIULAN NAMUN DI LANGIT MENJADI BUALAN"

Syukran ^^,

Tuesday, July 19, 2011